Canselor Jerman, Olaf Scholz bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow, sehari selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin Ukraine di Kyiv. <br /><br />Dalam ucapan pembukaannya di Kremlin, Scholz membangkitkan isu ketegangan di Ukraine dan dalam masa sama menyatakan negara itu tetap menjaga hubungan ekonominya dengan Rusia.